PELAKON Fattah Amin dan Neelofa yang menjadi fenomena menerusi drama Suri Hati Mr Pilot (SRMP) akan digandingkan sekali lagi menerusi telefilem khas, Suri Hati Mr Pilot: Penerbangan Terakhir Mr Pilot yang akan ditayangkan pada Jun depan.
Pengarahnya, Michael Ang memberitahu sambungan SHMP itu adalah hadiah kepada peminat yang sentiasa bertanyakan mengenai sambungan drama tersebut.
“Khas untuk semua peminat #Lofattah, sebuah telefilem sambungan SHMP akan ditayangkan kepada penonton pada Hari Raya nanti.
“Ia bukan sahaja memenuhi permintaan peminat yang mahukan sambungan drama itu, malah ia juga merupakan tanda terima kasih kepada mereka kerana memberikan sokongan sehingga drama SHMP menjadi fonemena.
“Saya juga ingin merealisasikan impian peminat yang mahu melihat mereka digandingkan semula dalam drama,” katanya kepada mStar Online.
Jelas Michael lagi, Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot adalah telefilem yang terakhir dan dia tidak berhasra untuk menyambung lagi kisah itu selepas ini.
“Tidak akan ada musim kedua atau sambungan drama itu kerana ia akan jadi tidak masuk akal dan biarlah kisah mereka berkahir dalam telefilem khas nanti,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Lofattah fans pasti menangis! Suri Hati Mr Pilot Raya gandingan terakhir #Lofattah