Pakai pelekat POLIZEI, polis sita kereta dan tahan pemandu

Polis menahan lelaki berusia 23 tahun dan menyita kereta dipandu yang ditampal dengan perkataan Jerman POLIZEI yang bermaksud polis selepas ditahan Jalan Lembah Jaya, Ampang, semalam.

POLIZEI

POLIZEI

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor Superitenden Kamaludin Mohamad berkata, lelaki berusia 23 tahun terbabit ditahan unit kereta peronda (MPV) yang membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapati kereta model Mitsubishi Lancer dipandu laju.

Katanya, pemandu dan kenderan terbabit di bawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil saringan ujian air kencing adalah negatif dan suspek tidak memiliki rekod jenayah. Bagaimanapun polis mengeluarkan satu saman terhadap suspek kerana didapati memandu laju.

“Kereta terbabit turut di bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan Padang Jawa untuk pemeriksaan lanjut, hari ini.

“Hasil pemeriksaan oleh pihak JPJ, sebanyak 10 saman dikeluarkan terhadap suspek dan pelekat ‘POLIZEI’ di badan kenderaan turut diarahkan dibuka serta merta,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini

Gambar kereta itu tular selepas dimuat naik di laman sosial.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pakai pelekat POLIZEI, polis sita kereta dan tahan pemandu

Post a Comment

Previous Post Next Post