Rita tergelak dakwaan kahwin di Siam

Keputusan pelakon popular Rita Rudaini menutup mulut apabila diasak pelbagai persoalan dibangkitkan pengguna laman sosial berhubung isu didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Aqasha dianggap tepat.

Selain enggan mengeruhkan lagi keadaan, Rita, 41, mahu menumpukan perhatian terhadap beberapa komitmen kerja.

Bagi Rita apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai ibu kepada dua anak lelaki dan amanah kerja perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Rita tidak mahu kekecohan yang timbul itu mengganggu kualiti kerjanya.

“Komen yang ditulis seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Boleh saja saya balas satu persatu tapi tak ada gunanya. Saya masih boleh berfikir secara waras. Pada masa sama saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.

“Apabila membabitkan laman sosial, saya tak ada hak melarang mereka bersuara. Lagipun, saya sudah lali dengan komen dan kritikan pengguna laman sosial. Baik atau tidak, pasti ada yang tak suka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Rita tergelak dakwaan kahwin di Siam

Post a Comment

Previous Post Next Post