Sos pencicah McDonald keluaran khas menjadi tajuk utama media di China selepas sos vintaj itu dijual di eBay bersama sos perisa lain dengan nilai $14,700 (RM 64,863) minggu ini.
Pek sos teriyaki Mulan Szechuan hanya dijual di beberapa negara barat pada tahun 1998, ketika rangkaian makanan segera itu mempromosikan filem animasi Disney Mulan.
Ia diletakkan dalam lelongan di eBay bersama-sama dengan sos wasabi oleh seorang penjual dari Britain minggu ini, lapor Beijing Evening News.
Penjual berkata, dia telah menemui dua paket sos pencicah edisi terhad itu semasa mencuci sebuah kereta lama.
Sos pencicah itu menerima 187 bidaan sebelum dijual dengan harga $14,700 (RM 64,863).
“Saya berharap sesiapa yang mahu untuk makan sos yang berusia 20 tahun ini, sila dapatkannya.
“Saya lebih suka ia tidak dijual kepada pengumpul,” tulis penjual itu dilaman eBay.
Masakan Sichuan yang berasal dari barat daya China, Sichuan mempunyai ciri ciri, pedas, masam, dan manis.
Sos pencicah teriyaki Mulan Szechuan digambarkan berasa manis, masam dan pedas.
Sos itu menjadi perhatian semula selepas disebut dalam animasi popular Amerika Ricky and Morty.
Dalam tayangan perdana musim ketiga yang ditayangkan pada 1 April, watak utama Rick memberitahu Morty “Saya mahukan McNugget dengan sos pencicah Szechuan.”
Susulan itu, beribu-ribu peminat memulakan petisyen dalam talian menuntut McDonald memperkenalkan kembali sos berkenaan.
Petisyen itu telah ditandatangani oleh 35,000 tandatangan oleh Khamis. – South China Morning Post
Sumber: Sinar Harian
Sumber Sos McDonald Mulan Szechuan dijual dengan harga RM64,863