SPRM jejak Khairul Anuar Baharum untuk bantu kes atur perlawanan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Khairul Anuar Baharum bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Khairul Anuar Baharum

Khairul Anuar Baharum

Menurut SPRM, Khairul Anuar yang lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ disyaki terlibat dalam mengatur perlawanan membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Suruhanjaya itu berkata, Ah Chong pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ah Chong diminta hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu siasatan.

“Jika gagal berbuat demikian, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Ah Chong mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Ah Chong diminta menghubungi pegawai penyiasat, penguasa, Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533.

Khamis lalu, tiga pemain bola sepak MIFA termasuk seorang pemain import direman tujuh hari oleh SPRM bagi membantu siasatan mengambil rasuah daripada bookie.

Pada Jumaat, seorang bookie berusia 49 tahun direman selama enam hari berhubung kes berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.
Sumber: MStar



Sumber SPRM jejak Khairul Anuar Baharum untuk bantu kes atur perlawanan

Post a Comment

Previous Post Next Post