4 pelatih PLKN pengsan di majlis perasmian di UUM Sintok kerana tak tahan cuaca panas

Empat pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pengsan kerana tidak tahan dengan cuaca panas pada Majlis Perasmian Pembukaan PLKN Kumpulan 1 Siri 14 Tahun 2017 di Kem PLKN Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok tadi.

4 pelatih PLKN pengsan di majlis perasmian di UUM Sintok kerana tak tahan cuaca panas

4 pelatih PLKN pengsan di majlis perasmian di UUM Sintok kerana tak tahan cuaca panas

Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi ketika Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum sedang menyampaikan ucapan perasmian dan pelatih yang berusia 18 tahun itu dilihat tumbang satu persatu akibat dehidrasi kerana cuaca panas ketika majlis berlangsung.

Sebelum insiden berkenaan, mereka menjalani latihan kawad kaki pada awal pagi di sekitar kem sebelum bergerak ke dataran.

Pelatih terbabit bagaimanapun dipulihkan oleh anggota paramedik serta sukarelawan PLKN yang membawa mereka ke tempat agak redup sebelum diberikan minuman bagi menghilangkan suhu panas.

 

Seorang petugas sukarelawan PLKN yang enggan dikenali berkata, kejadian itu perkara biasa yang berlaku pada pelatih setiap tahun kerana kebanyakannya baru saja menyertai PLKN.

“Ini adalah satu situasi biasa yang sering kali berlaku dalam latihan kawad kaki atau majlis perasmian seperti ini kerana kebanyakan mereka baru saja menyertai program ini.

“Oleh hal demikian, tindakan yang dilakukan oleh kami apabila berlaku perkara ini adalah segera mendapatkan rawatan dan memberikannya air bagi mencegah dehidrasi daripada berlaku,” katanya.

Insiden yang berlaku bagaimanapun tidak merencatkan perjalanan majlis itu dan semua pelatih kembali ke penginapan masing-masing di kem berkenaan selepas majlis tamat.

Sumber: Metro



Sumber 4 pelatih PLKN pengsan di majlis perasmian di UUM Sintok kerana tak tahan cuaca panas

Post a Comment

Previous Post Next Post