Ular sawa kantoi tengah lalok ketagih syabu ditangkap dan dipulih dipenjara

Seekor ular sawa ditemui “lalok” akibat ketagihan syabu dalam serbuan polis di makmal memproses dadah itu dekat sini.

Seekor ular sawa yang ketagihan dadah mengambil masa enam minggu untuk dipulihkan di penjara Windsor, barat Sydney. — Foto Reuters

Ular sepanjang dua meter ini bertindak agresif dan tidak menentu akibat menyerap bahan methamphetamine ketika ia diproses, lapor Daily Telegraph.

Menyerap dadah yang dikenali “ais” melalui kulit, haiwan itu memerlukan enam minggu untuk dibuang toksik di sebuah penjara di Windsor, barat Sydney.

Penyelia kanan John Morony Ian Mitchell berkata ular itu “keliru, menggila dan lebih agresif” berbanding ular normal, lapor The Telegraph pula.

“Ia memerlukan sedikit masa supaya dadah itu dinyahkan dari sistem tubuh ular itu tetapi melalui bantuan kami, kami berjaya menenangkannya selepas beberapa bulan dan mengembalikan rutin pemakanannya,” katanya.

Pusat pemulihan itu juga mengendalikan haiwan lain yang dirampas polis, termasuk biawak berlidah biru, biawak berjanggut naga dan ular berbisa.

Ular yang dipulihkan itu dijaga Minas Kassiotis, seorang daripada 14 banduan yang bertugas di pusat pemulihan tersebut di penjara kawalan minimum.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Ular sawa kantoi tengah lalok ketagih syabu ditangkap dan dipulih dipenjara

Post a Comment

Previous Post Next Post