Beberapa minggu lalu syarikat penerbangan United Airlines jadi liputan media seluruh dunia dengan tindakan mengeluarkan salah seorang penumpang pesawat itu. Belum pun reda dengan kes tersebut, satu lagi insiden dilaporkan telah terjadi pada satu pasangan ini.
Mereka ingin berkahwin pada Khamis ni tetapi entah mengapa mereka diarah keluar dari pesawat. Kenapa jadi sampai macam tu? Apa salah mereka? Persoalan itu masih tidak terjawab dari pihak United Airlines sendiri. Haihh..
Naik pesawat, ada orang tidur di tempat duduk
Sekadar gambar hiasan
Menurut laporan Portal NBC, Michael Holh dan tunangnya, Amber Maxwell yang dalam perjalanan ke Costa Rica dari Amerika Syarikat berhadapan situasi mengelirukan apabila diarah turun dari pesawat United Airlines pada Sabtu lalu. Mereka akan mengadakan majlis perkahwinan pada Khamis ni.
Menceritakan tentang insiden tersebut, Holh memberitahu mereka merupakan penumpang terakhir yang menaiki pesawat di George Bush International Airport. Tapi bila menaiki pesawat, pasangan itu mendapati seorang lelaki sedang tidur di tempat duduk mereka.
Pasangan itu enggan membangunkan lelaki itu dan ambil keputusan untuk duduk di tempat bersebelahan kerana menyangka pesawat tidak penuh. Tidak lama selepas itu, mereka didekati seorang krew penerbangan yang bertanyakan jika mereka duduk di tempat yang betul.
Kami fikir ia bukan masalah kerana pesawat tidak penuh.
Tak faham, ralat
Kami turun dari pesawat itu tanpa membuat kecoh, tapi kami tidak faham apa masalah sehingga kami diminta turun.
Berhubung insiden itu, United Airlines keluarkan kenyataan kepada media memaklumkan tindakan itu diambil kerana pasangan itu berkeras mahukan upgrade dan enggan kembalik ke tempat duduk asal mereka. Walaubagaimana pun, syarikat penerbangan itu dilaporkan telah membantu pasangan itu membuat tempahan penerbangan pada hari Ahad.
Menurut Holh pula, dia dan tunangnya tidak akan terbang bersama United Airlines lagi selepas ini dan menyifatkan pengalaman yang dilaluinya sangat pelik.
Sumber: Astro Awani
Via: Oh Bulan
Sumber United Airlines Buat Hal Lagi, Giliran Bakal Pengantin Baru Pula Ditendang Keluar Pesawat