TINDAKAN seorang pemandu beraksi ala filem lagak ngeri Hollywood, Fast And Furious memakan diri apabila terlibat dalam kemalangan di Taman Connought, Cheras, di ibu negara semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook malam tadi, jelas memaparkan kereta Proton Wira yang dipandu dalam keadaan cuai dan laju memintas kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar sebuah van.
Dalam video berdurasi 38 saat itu memaparkan van tersebut terbabas dan terbalik selepas kereta tersebut cuba memintas melalui lorong kecemasan.
Difahamkan, pemandu van yang berusia 60-an itu mengalami kecederaan akibat cermin kereta pecah manakala pemandu kereta Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.
Manakala, kereta tersebut hanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan kereta dan rim.
Pemandu van tersebut dihantar ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dan netizen mahukan pemandu Proton Wira yang cuai itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Menerusi ruangan komen, netizen berkongsi gambar seorang lelaki bersama kereta tersebut dan di dalam kereta itu terdapat seorang penumpang kanak-kanak.
Perkongsian video tersebut ditonton 46,000 tontonan dan mendapat kritikan hebat dari netizen susulan kecuaian pemandu wira yang menyebabkan kemalangan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Video: Padah pemandu Wira berlagak ala filem Fast & Furious, akhirnya makan diri