Dalam kejadian jam 8 pagi, Khamis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Giant Nilai itu, pemandu wanita, 31, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Salak Tinggi mendakwa keretanya dilanggar kereta Proton Juara dari arah kanan.
Bagaimanapun pmandu Proton Juara, Zulizeb Shah Sharin atau Zeb, menafikan laporan polis pemandu Axia itu dan menegaskan bahawa ketika kejadian itu dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke tempat berniaga nasi lemak, lampu isyarat di lorongnya masih berwarna hijau.
“Saya tak melanggar lampu merah. Masa itu lampu isyarat sedang hijau semasa saya teruskan perjalanan.
“Kalau boleh, saya tak nak kes ini habis begitu saja. Sekarang saya sudah kehilangan kenderaan untuk mencari rezeki. Isteri saya dah tak boleh kerja kuat lagi selepas kemalangan. Rambut dia pun mula gugur, mungkin sebab terperanjat selepas kejadian itu,” katanya.
Difahamkan, pemandu Axia berkenaan telah menghubungi Zeb dan mengakui kesalahannya dan mahu bertanggungjawab di atas kejadian itu.
Sumber Video: ‘Saya tak langgar lampu merah, lampu isyarat masih berwarna hijau di lorong saya’ – Pemandu Proton Juara