6 pramugari ditahan berpesta dadah di Kota Warisan, Sepang

ENAM pramugari antara 12 ditahan polis selepas dipercayai ‘berpesta dadah’ di sebuah rumah di Kota Warisan, Sepang,  tengah hari semalam.

6 pramugari ditahan berpesta dadah di Kota Warisan, Sepang

6 pramugari ditahan berpesta dadah di Kota Warisan, Sepang

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek juga didapati positif dadah jenis ketamine, malah pihaknya turut merampas serbuk putih disyaki dadah jenis sama seberat 0.05 gram selain peralatan menghisap dadah.

 

Beliau berkata, pramugari yang ditahan berusia antara 21 hingga 23 tahun manakala, enam lelaki yang ditahan pula berusia 21 hingga 25 tahun.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sekiranya disabitkan kesalahan bolehdikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya, serbuan dibuat hasil daripada maklumat orang awam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan ketika serbuan apabila suspek enggan membuka pintu.

 

 

Sumber: Metro



Sumber 6 pramugari ditahan berpesta dadah di Kota Warisan, Sepang

Post a Comment

Previous Post Next Post