Lelaki mengaku deejay kelab malam yang menularkan rakaman video kononnya dia ditahan polis walaupun tidak mabuk disahkan positif alkohol semasa ujian pernafasan kali kedua di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, ujian pernafasan kali kedua terhadap lelaki berusia 31 tahun itu mengesahkan bacaan alkohol yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan semasa memandu.
Baca artikel sebelum: Video DJ mabuk hina polis ketika dibawa ke balai polis
“Lelaki tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
“Saringan awal ujian pernafasan mendapati lelaki itu positif alkohol dan dia dikehendaki menjalani ujian kedua di balai polis, namun dia bertindak merakam video kerana tidak berpuas hati ditahan,” katanya ketika dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengikut Mohd. Sukri, video berdurasi 1 minit 42 saat itu mengandungi unsur penghinaan terhadap polis.
“Suspek kemudian ditahan dan telefon bimbit miliknya dirampas, dan pemeriksaan awal mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 500/233 Akta Komunikasi dan Multimedia manakala pihak Trafik Kuala Lumpur menjalankan siasatan mengikut Seksyen 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Utusan Online
Sumber Dj mabuk hina polis ditahan