“Saya tak mahu gemuk gedempol macam sesetengah orang tu. Bila berjalan, ‘gearbox’ senget” – Tun M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghina wanita berbadan besar sewaktu memberikan ucapan ketika ceramahnya di Jitra, baru-baru ini.

Image result for "Yang saya mahu, dia berhenti," ucap Mahathir

Video ucapan Dr Mahathir kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

“Saya tak makan rasuah. Tak usahlah bagi apa pun. Semua orang tahu saya makan sikit sangat. Sebab tu kurus.

“Saya tak mahu gemuk gedempol macam sesetengah orang tu. Macam isteri sesetengah orang. Bila berjalan, ‘gearbox’ senget,” katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, Dr Mahathir menegaskan agar mana-mana pihak tidak memberinya rasuah dalam bentuk wang ringgit, makanan atau projek.

“Yang saya mahu dia berhenti,” ujarnya merujuk kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ucapan yang disiarkan menerusi laman youtube portal pembangkang itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata penyokong Dr Mahathir bersetuju dengan ucapan bekas perdana menteri berkenaan.

Namun ada juga yang mengkritik dan mendakwa Pengerusi PPBM itu tidak sedar diri bahawa ketika pemerintahannya selama 22 tahun selaku Perdana Menteri, amalan rasuah dan politik wang berleluasa.

“TDM (Tun Dr Mahathir)… Rakyat Malaysia yang waras mintak sangat-sangat dekat kau agar berhentilah dari terus menabur fitnah dan menghasut kami. Muak rasanya, balik-balik benda sama kau ulang.

“Takde modal lain. Kleptokrasilah, 1MDB lah, jual negara pada China. Masa zaman TDM dulu pun teruk jugak, sengsara rakyat bawah pemerintahan diktator. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” kata Silok 60.

Bersetuju dengan Silok 60, Ahmad Asyraf berkata amalan kronisme sewaktu pemerintahan Dr Mahathir lebih teruk berbanding pemerintahan Najib.

“Najib takde nak buat fitnah dan tabur hasutan macam Mahathir ni,” ujar Ahmad Ashraf.

Sementara Ice Man meminta Dr Mahathir “bertaubat dan terima hukuman Allah,” ujarnya.

Isu amalan rasuah oleh Dr Mahathir pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sewaktu bekas Perdana Menteri itu masih berada didalam UMNO, namun setelah menyertai pembangkang, Rafizi tidak lagi mempersoalkan amalan rasuah berkenaan.

Kata Rafizi, beliau tidak percaya Dr Mahathir dan anak-anaknya menjadi kaya raya hasil daripada simpanannya daripada gaji sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tambahnya, gaji bersih yang diperoleh Dr Mahathir lebih kurang RM13,000 dan selepas ditolak perbelanjaan enam orang anaknya RM1,000 setiap orang dan perbelanjaan isterinya Tun Dr Siti Hasmah RM2,000, bakinya adalah RM5,000.

Dan selepas ditolak perbelanjaan bulanan RM2,000, Dr Mahathir cuma mempunyai simpanan RM3,000 sebulan.

“Setahun RM36,000. Sepuluh tahun RM360,000. 20 tahun RM720,000. Kalau 22 tahun dia simpan setiap sen duit itu, paling banyak dia boleh simpan RM750,000.

“Mustahil dia mempunyai kekayaan yang sedemikian rupa, anak dia jadi jutawan, hartawan dan terkenal seluruh dunia kalau dia tak makan rasuah,” tegasnya.

 

Sumber: Malaysian Digest



Sumber “Saya tak mahu gemuk gedempol macam sesetengah orang tu. Bila berjalan, ‘gearbox’ senget” – Tun M

Post a Comment

Previous Post Next Post