Malam ini bermulanya solat Tarawikh pertama, menandakan bulan Ramadan tiba.
Tapi tahukah anda, sejarah solat Tarawikh?
Solat Tarawikh ini pada awalnya dijalankan oleh Nabi Muhammad serta sahabat-sahabat rapat baginda pada awal bulan Ramadan, di Masjid Nabawi.
Kemudian, setelah beberapa hari (ada pendapat kata selamat 4 hari) Nabi dan sahabat buat solat tersebut, datanglah beberapa lagi sahabat, dan seterusnya semakin ramai yang ikut Nabi melakukan solat itu.
Setelah tiga hari, lagi ramai penduduk Madinah melakukan solat tersebut di Masjid.
Namun, pada hari ketiga ini, Nabi tak datang pun ke Masjid untok bersolat. Orang jadi pelik sebab hari-hari sebelum ini, rileks je Nabi solat sunat bersama diorang.
Esoknya, Nabi beritahu pada mereka,
“Aku melihat sambutan solat ini kepada kamu semua. Aku tidak hadir pada malam tadi kerana aku takut solat ini menjadi wajib kepada kamu.”
Maka, fahamlah orang Madinah dan para sahabat kenapa malam tadi Nabi tak ikut sama solat di Masjid.
Yang lagi best, esoknya sehinggalah habis Ramadhan, Nabi Muhammad melakukan solat Terawikh ini di rumah sahaja. Sebabnya, baginda tidak mahu orang menganggap solat Terawikh ini sebagai satu solat yang wajib.
Ini hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, segalanya diceritakan oleh Saidatina Aishah.
Dulu Nabi Muhammad buat solat Terawikh ni berapa rakaat?
Kalau ikutkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban, Jabbir mengatakan bahawa,
Nabi melakukan solat sunat ini 8 rakaat dan witir. Namun, ikut pendapat Ibnu Taimiyah, Nabi tak pernah meng-had kan rakaat dalam solat Terawikh. Nama pun solat Sunat kan? Namun, mengikut apa yang Nabi buat, kita boleh simpulkan minima rakaat solat Terawikh adalah 8 rakaat.
8 rakaat Nabi ni, jangan samakan pula dengan 8 rakaat yang kau buat. Setiap rakaat Nabi akan membaca ayat-ayat yang panjang.
Solat Terawikh kemudiannya telah dicantikkan lagi pada zaman Umar Al-Khattab.
Zaman ini, Saidina Umar membuat solat Terawikh betul-betul selepas solat Isyak secara berjemaah. Ini tak pernah dibuat pada zaman Nabi dan Abu Bakar. Malah, Umar melakukan 20 rakaat Terawikh dan 3 rakaat Witir. Adapun, 20 rakaat Saidina Umar lebih ringan berbanding 8 rakaat yang Nabi buat dahulu.
Tujuan Saidina Umar melaksanakan solat Terawikh secara berjemaah, telah dicatatkan oleh Abdul Rahman Ubaid al-Qari. Umar melihat ramai orang di masjid solat ikut imam yang berlainan, berkelompok dan tak nampak ada keseragaman.
Jadi, Saidina Umar kata, “Aku meminta mereka supaya ber-Imam kepada Imam yang baik bacaannya.”
Lalu, terhasillah amalam solat Terawikh secara berjamaah ni. Kalau dulu buat sendiri-sendiri dan buat di sepertiga malam, zaman Saidina Umar dilakukan secara jemaah di Masjid pada awal waktu malam.
Waktu ni, dah takda dah isu takut orang ingat Terawikh solat wajib, sebab waktu tu hampir semua umat Islam makin bijaksana hal-hal hukum Islam. Jadi, setakat kena solat Terawikh berjemaah di Masjid, takdalah diorang fikir benda ni wajib.
Lain halnya dengan kebanyakan masyarakat kita sekarang. Kalau ada kawan kita tak nampak batang hidung kat Masjid bila time solat Terawikh, mulalah mengumpat dan bising-bising seolah-olah orang tu tak buat solat wajib. Padahal Terawikh ni sunat je. Kau je buat macam wajib. Padahal, kau pun nampak batang hidung kat Masjid waktu bulan puasa je. Bulan lain, dengar azan pun pasang movie lagi.
Yang lagi best, sehari selepas solat Terawikh jemaah dilaksanakan, Saidina Umar kata,
“Ini satu bidaah yang baik. Tetapi orang yang tidur dahulu sebelum solat Terawikh di rumah lebih besar pahalanya berbanding orang solat Terawikh jemaah di masjid pada awal malam.”
Maksud Saidina Umar, orang yang buat solat Terawikh waktu Qiyamullail lebih banyak pahalanya berbanding solat Terawikh di awal malam. Bukanlah bermaksud siapa solat Terawikh kat Masjid tu tak bagus, tapi, yang solat selepas tidur itu lagi banyak pahala.
Maka itulah sedikit sebanyak sejarah solat Terawikh. Nak cerita lagi panjang tentang Solat Terawikh ni memang takkan habis, sebab ia melihatkan banyak isu-isu lain seperti bilangan rakaat, bacaan solat, waktu solat dan sebagainya.
Cukuplah sedikit cebisan sejarah ini agar kita faham asal-usul solat yang kita lakukan setiap kali Ramadhan tiba.
Mufarwa Farid
Sumber Sejarah Ringkas Solat Tarawikh Yang Perlu Kau Tahu