Umrah DIY salah di sisi undang-undang Arab Saudi

Pelaksanaan umrah persendirian atau lebih dikenali dengan umrah DIY (Do-IT-Yourself) adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Kerajaan Arab Saudi.

umrah DIY

umrah DIY

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata mana-mana individu yang melakukan umrah DIY boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah yang berada di Tanah Suci berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah yang sah atau lebih dikenali sebagai muassasah.

“Ada pihak yang berkongsi pengalaman kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY terutama melalui media sosial,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah Bil 3/2017, di sini, hari ini.

Mas Ermieyati berkata, umrah Do-IT-Yourself membabitkan kos yang rendah tanpa mengambil pakej umrah syarikat pengendali umrah.

“Bagaimanapun, kementerian mengingatkan pelancong yang dikategorikan sebagai Pengembara Bebas (FIT) tidak terpakai bagi tujuan umrah,” katanya

 

Sumber: BH Online



Sumber Umrah DIY salah di sisi undang-undang Arab Saudi

Post a Comment

Previous Post Next Post