Video singa laut terkam kanak-kanak perempuan dan menariknya ke dalam air jadi viral

KELUARGA dan seorang budak perempuan kini trauma selepas seekor singa laut menarik kanak-kanak itu ke dalam air ketika mangsa duduk di tepi jeti di Steveston Fisherman’s Wharf di Richmond BC, Kanada.

Video singa laut terkam kanak-kanak perempuan dan menariknya ke dalam air jadi viral

Video singa laut terkam kanak-kanak perempuan dan menariknya ke dalam air jadi viral

 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku hujung minggu lalu, seorang lelaki memberi makanan kepada singa laut itu yang kemudian menghampiri jeti.

Kanak-kanak itu datang untuk melihat haiwan itu makan dan kemudian duduk membelakangkannya.

Tiba-tiba haiwan itu melonjak dari dalam air dan menggigit baju kanak-kanak berkenaan, menariknya ke dalam air.

Seorang lelaki dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu terjun ke dalam air dan menyelamatkannya dan mereka kemudian meninggalkan jeti berkenaan.

 

Rakaman video ini dirakam Michael Fujiwara dari Vancouver yang memberitahu Vancouver Sun: “Saya sedang duduk di jeti apabila singa laut itu muncul. Saya keluarkan telefon dan mula merakam

“Haiwan itu menarik perhatian ramai orang, termasuk kanak-kanak itu.

“Saya rasa keluarganya muka memberi makanan kepada singa laut itu.”

Tidak dapat dipastikan tujuan singa laut berkenaan menarik budak perempuan itu ke dalam air.

Sumber: Metro



Sumber Video singa laut terkam kanak-kanak perempuan dan menariknya ke dalam air jadi viral

Post a Comment

Previous Post Next Post