Berang guru besar datang melawat kelas, guru wanita simbah air panas

Lengan dan badan seorang guru besar sekolah rendah di sini melecur ekoran tindakan seorang guru wanita menyimbah air panas kepadanya semalam.

Berang guru besar datang melawat kelas, guru wanita simbah air panas

Berang guru besar datang melawat kelas, guru wanita simbah air panas

Pertengkaran pada 10 pagi berlaku ketika suspek berada di dalam kelas dan guru besar meninjau kawasan sekolah melibatkan “isu kepercayaan”, lapor mStar Online.

“Guru besar itu meninjau sekitar sekolah itu dan ketika masuk ke kelas yang sedang dikendalikan guru berkenaan, suspek memberitahu guru besar itu tindakannya menunjukkan seolah-olah dia tidak mempercayai suspek,” kata ACP Saiful Bahri Abdullah.

Ketua polis daerah Sibu itu berkata ketika pergaduhan, pendidik wanita, 49, itu  sedang memegang segelas air panas sebelum “disiram” ke muka guru besarnya.

“Lengan dan belakang guru besar itu melecur akibat terkena air panas,” katanya, yang menambah suspek cuba menendang tetapi lelaki itu sempat mengelak.

Saiful berkata pertengkaran mereka berakhir setelah wanita itu menghalau guru besar, yang muda sembilan tahun dari kelas yang dipenuhi murid.

Suspek sebelum ini didakwa menyerang bekas guru besar sekolah di Lebaran dekat sini, dan laporan mengenainya telah dibuat.

Polis telah menahan guru wanita itu dan disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sumber: Malay Mail



Sumber Berang guru besar datang melawat kelas, guru wanita simbah air panas

Post a Comment

Previous Post Next Post