Kesan daripada gaya hidup, ramai lelaki Malaysia ‘tak gagah’

APABILA merujuk kisah rumah tangga, antara isu popular adalah kebimbangan para isteri terhadap kemungkinan diduakan si suami.

Kesan daripada gaya hidup, ramai lelaki Malaysia 'tak gagah'

Kesan daripada gaya hidup, ramai lelaki Malaysia ‘tak gagah’

 

Perasaan itu kadangkala berdasarkan prasangka semata-mata namun itulah senario yang sering dikaitkan dengan kaum lelaki.

Bukan itu sahaja ada juga yang beranggapan sampai sahaja pada satu peringkat umur, setiap suami pasti ada keinginan untuk menambah bini – cuma mampu (dan berani atau tidak sahaja!)

Hakikatnya ketahuilah beberapa FAKTA mengejutkan yang mungkin melegakan sedikit gelora bimbang di dada para isteri terhadap ‘kemampuan’ suami mereka untuk benar-benar menambah cawangan.

Begitu pun pada masa sama hasil kajian ini amat membimbangkan kerana boleh menjadi justifikasi terhadap keadaan kesihatan para lelaki di negara ini.

Statistik berkaitan masalah Mati Pucuk (Erectile Dysfunction atau ED) iaitu ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks dalam kalangan lelaki di Malaysia mendapati:

1 daripada 4 lelaki yang berumur bawah 40 tahun*, 16% daripada populasi lelaki dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun** dan 7 daripada 10 lelaki berumur lebih 40 tahun mengalami masalah ED (peningkatan 6% setahun)***.

Letak tepi kes lelaki yang layak ‘dipadankan muka’ mereka apabila diri bermasalah namun tetap berperangai miang tetapi kenangkan betapa ramai lelaki yang menjadi tonggak utama ekonomi sebuah keluarga dan menerima kesan langsung daripada statistik ini.

Apabila lelaki memiliki keadaan kesihatan yang kurang baik sekaligus berisiko hilang upaya kerja atau meninggal dunia awal, sudah pasti ini akan beri kesan besar kepada ramai insan yang bergantung harap kepada mereka.

Mengapa pula masalah ED dikaitkan dengan keadaan kesihatan seseorang lelaki? Hal ini kerana walaupun masyarakat banyak diingatkan tentang bahaya kencing manis, darah tinggi, penyakit kardiovaskular, angin ahmar dan sebagainya namun sekiranya ditakdirkan nafas seorang lelaki terhenti gara-gara penyakit berbahaya ini, ianya mungkin akan terlebih dahulu memberikan mereka masalah ED.

Diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis) manakala penyakit kardiovaskular turut berkawan karib dengan masalah ED. Tabiat merokok, sering stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal mampu memburukkan lagi keadaan.

Punca lain masalah ED adalah penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan, kecederaan pada otak dan saraf tunjang, masalah hormon contohnya paras testosterone yang rendah, kegagalan hati dan buah pinggang, penyakit Parkinson, komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku) serta kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil.

Dalam pada itu, setiap lelaki sama seperti manusia lain di dunia ini yang inginkan kebahagiaan. Jika tidak sihat terutama melibatkan fungsi ‘yang itu’ maka sudah pasti ianya beri kesan langsung kepada hormon gembira dalam hidup mereka.

Bagi yang sudah terlajak mengalami masalah ED usahlah berpura-pura bagaikan tiada apa-apa kekurangan dalam hidup anda. Belum terlambat untuk mengubatinya menerusi perubahan dari segi gaya hidup. Berhentilah merokok, kurangkan berat badan jika berlebihan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

Bagi penghidap diabetes atau tekanan darah tinggi pastikan kesihatan terkawal dan uruslah masalah stres dengan baik. Pada masa sama, terdapat ubat-ubatan untuk atasi masalah ED yang boleh didapati dalam bentuk pil dan suntikan.

Dalam keadaan di mana ubat tidak lagi berkesan atau boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut).

Apa-apa pun, mencegah lebih baik daripada mengubat bro!

#BPKK #SihatBaruMacho

 

 

 

*(Sumber: Capogrosso P;et al Journal of sexual medicine, 2013:7: 1833–1841)
**(Sumber : Safarinejad et al, urology journal ; 2004: 3, 133-147)
***(Sumber :Khoo et al, journal of sexual medicine, 2008: 12, 2925–2934)
Via: Mynewshub


Sumber Kesan daripada gaya hidup, ramai lelaki Malaysia ‘tak gagah’

Post a Comment

Previous Post Next Post