Selasa lalu, program hiburan sensasi Meletop telah bersiaran tanpa kedua pengacara asalnya iaitu Nabil Ahmad dan Noor Neelofa. Masing-masing sedang mengerjakan ibadah umrah di Makkah.
Kerusi mereka diganti dengan pendakwah Imam Muda Asyraf dan juga penyanyi Siti Nordiana.
Melihat kepada respon yang diterima selepas habis program itu, ramai yang suka dan terhibur dengan cara Imam Muda Asyraf mengendalikan rancangan pada malam itu.
Ramai yang merasakan bahawa Imam Muda Asyraf sangat kelakar dan pandai mengawal situasi. Tak nampak kekok langsung. Ditambah pula dengan kehadiran Nur Fazura dan Fattah Amin sebagai artis jemputan pada malam itu, memang kecoh jadinya.
Tahniah Suria ucapkan kepada Imam Muda Asyraf. Bukan senang tau nak jadi pengacara untuk program hiburan, siaran langsung pulak tu.
Khabarnya sudah ada hashtag #AsyZura. Nakal juga Imam Muda kita ni ya! Ooops! Jangan marah.
Via: Suria.my
Sumber Peminat suka Imam Muda Asyraf jadi hos MeleTOP