Siti Kasim mengaku tak bersalah di Mahkamah atas tuduhan halang tugas penguatkuasa JAWI

PEGUAM dan aktivis, Siti Kasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menghalang tugas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), tahun lalu. 

Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor Jihan Saleh@Md Ghazali, 36, daripada menjalankan tugasnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dewan tingkat 2, sebuah hotel di sini pada jam 10.30 malam, 3 April 2016.

Bagi perbuatan itu, Siti Kasim didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes. 

Sumber: Metro



Sumber Siti Kasim mengaku tak bersalah di Mahkamah atas tuduhan halang tugas penguatkuasa JAWI

Post a Comment

Previous Post Next Post