Sebelas orang tersekat dalam lif bangunan utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, menyebabkan seorang anggota polis pengsan.
Anggota yang bertugas bagi kes pembunuhan abang presiden Korea Utara, Kim Jong-nam tersekat selama 20 minit, lapor Sinar Harian.
Dia kemudian dibawa ambulans Hospital Ampuan Rahimah Klang selepas semua dikeluarkan oleh anggota bomba yang tiba jam 8.15 pagi.
Terdahulu, dua tertuduh kes Kim Jong-nam iaitu Doan Thi Huong, 28, dan Siti Aisyah, 25, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.05 pagi.
Mereka didakwa bersama empat orang yang masih bebas, membunuh Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 9 pagi, 13 Februari lalu.
Pada 30 Mei lalu, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas permohonan pengarah pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad.
Sumber: Projek MMO
Sumber 11 orang terperangkap dalam lif Mahkamah Shah Alam, seorang anggota polis pengsan