Manusia ini ada bermacam ragam, dari yang senang nak diajak berbincang, ‘happy go lucky’, serius, sehingga yang suka pendam rasa. Lagi merisaukan kalau-kalau sampai sanggup buat apa sahaja untuk balas dendam atau nak malukan orang.
Dengan pelbagai karenah ini, kita kadang-kadang jadi makin berhati-hati untuk memilih kawan atau pun mencari pelanggan untuk perkhidmatan yang ditawarkan.
Inilah yang berlaku kepada seorang pemuda, yang mana telah diugut oleh seseorang untuk menyebarkan cerita tidak benar dan memalukan.
Aiman Izani menggunakan media sosial seperti WeChat untuk perkhidmatan yang ditawarkannya, tapi, bila ada yang ‘berkawan’ untuk tujuan tertentu, dia terpaksa ‘block’ mereka.
Tapi, lain pula dengan lelaki ini, yang mana sanggup membuat akaun baru, dan menyamar untuk gunakan perkhidmatan Aiman, lebih mengejutkan siap mengungut lagi.
Mari kita ikuti perkongsian ini.
Astaghfilullah hal azim.. main wechat n search people nearby sebab nak cari customer drawing yang active.. seblum ni ada laki gay ajak buat benda pelik-pelik then block dia.. tup-tup dia tak puas hati.. menyamar.. tolong jangan add fb selain dri ni..
1. Mula-mula ‘add’ minta lukiskan gambar
2. Kemudian, tiba-tiba hantar gambar dengan mesej ‘Hai musuh’. Dengan sebarkan kepada laman web gay.
3. Katanya sebab berdendam. Sanggup buat akaun FB palsu, dan nak ‘up status’ mengenai dirinya gay.
4. Nak bagi viral, sampai memburukkan namanya.
Walau apa pun, berhati-hatilah dengan perangai orang yang macam ini. Dengan sosial media ini, macam-macam boleh berlaku kepada kita, lebih-lebih lagi boleh akses kepada gambar, rakan dan ahli keluarga kita.
Moga masalah yang berlaku kepada Aiman ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sumber “Aku akan viral kau gay satu dunia” – Tak puas hati kena block, wanita jadian ugut sebarkan kononnya lelaki ini gay