Bella Astillah Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz

Bella Astillah Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz

Bella Astillah, isteri kepada pelakon Aliff Aziz telah membuat kenyataan mengesahkan dia memang dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Wanita berkenaan merupakan pelakon baru yang juga adik kepada pelakon popular di Malaysia.

Menurut Bella Astillah, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan pelakon baru itu.

Namun ini adalah kali pertama dia dikasari Alif Aziz yang mendatangkan kecederaan di muka dan lututnya.

Pelakon tersebut juga pernah berlakon dengan Aliff Aziz dan Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Ini kenyataan dari Bella Astillah:

Dibelasah Aliff Aziz, Bella Astillah Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz

ALIF MARAH RAKAM BUKTI

“Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

“Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

“Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,” 

“Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

“Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli lapor Harian Metro.

“Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” 

Bella Astillah Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz

PELAKON GODA ALIF AZIZ

“Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“Å“Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €

Bella Astillah berkahwin dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.



Sumber Bella Astillah Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz

Post a Comment

Previous Post Next Post