Dato Seri Vida beli perfume RM10 ribu

Baru-baru ini pengusaha kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV) telah memuatnaik gambar beserta status di Instagramnya.

Dalam gambar itu, DSV telah menceritakan perjalanannya dalam menghasilkan minyak wangi ‘Perfume Diva dan Hero’ keluaran syarikatnya.

screen-shot-2017-07-12-at-2-08-56-pmKatanya beliau sering menjelajah ke serata dunia mencari minyak wangi untuk mengkaji wangian yang bersesuaian untuk jenamanya.

Malah katanya, beliau pernah membelanjakan RM10 ribu untuk sebotol kecil minyak wangi.

DSV telah menggabungkan bau haruman yang pernah dibelinya untuk menghasilkan minyak wangi Diva dan Hero yang disifatkannya sebagai bau orang kaya.

screen-shot-2017-07-12-at-2-09-59-pm

Namun katanya, beliau tidak sampai hati untuk meletakkan harga yang mahal cuma RM68 sahaja untuk setiap botol.

 

Sumber: Suria



Sumber Dato Seri Vida beli perfume RM10 ribu

Post a Comment

Previous Post Next Post