Hanya luah rasa di FB kongsi status keratan akhbar, post wanita ini dicetak dan ditampal seorang hamba Allah di tempat kerja

 

Hanya luah rasa di FB kongsi status keratan akhbar, post wanita ini dicetak dan ditampal seorang hamba Allah di tempat kerja

Hanya luah rasa di FB kongsi status keratan akhbar, post wanita ini dicetak dan ditampal seorang hamba Allah di tempat kerja

Pada masa kini yang mana mudah untuk berkongsi cerita, isu, kisah dan masalah dalam arus media sosial, ia sedikit sebanyak membuatkan kita ingin mengekspresikan apa yang terfikir.

Namun begitu, tidak semua yang kita kongsikan dan ‘post’ di laman sosial sendiri, dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

Pada asalnya, ia adalah sekadar menyatakan pendapat terhadap satu keratan akhbar berkaitan tekanan di tempat kerja, tetapi apa yang pelik ada pihak yang mungkin tidak berpuas hati telah mencetak status Facebook beliau itu dan ditampal di tempat kerja

Menerusi perkongsian dari suaminya, yang meluahkan rasa terkilan akan tindakan tersebut, ia seolah-olah tidak menggambarkan sikap professional dan sebaiknya boleh dibawa berbincang tanpa pengetahuan orang lain.

Mari kita ikuti luahan dan perkongsian dari Mohd Shirazi ini.

Hanya kerana menyatakan rasa tidak terkejut dengan keratan akhbar tersebut..Post FB isteri saya Nova Adila Erizal ditampal sebegini di tempat punch card pagi tadi.

Isteri saya kata dia ok je..dia masih kerja dan masuk kelas seperti biasa.

Kegigihan tukang screenshot, print dan laminate ini memang dikagumi. Gigih.

Cuma rasanya kita ada etika yang lebih baik; cara sebegini yang hanya menakut-nakutkan para pensyarah dan staf.

Ini ‘scare tactics’ namanya..orang jadi takut nak bersuara lepas ni.

Dan hakikatnya ini berlaku di sebuah organisasi pendidikan,..

Semoga semuanya baik-baik saja.

Di bawah adalah post asal dalam laman FB milik isterinya.

Sumber: SK



Sumber Hanya luah rasa di FB kongsi status keratan akhbar, post wanita ini dicetak dan ditampal seorang hamba Allah di tempat kerja

Post a Comment

Previous Post Next Post