Jenaka ‘Fattah Amin ganti Chester’, peminat Linkin Park bengang

BERITA kematian vokalis kumpulan rock, Linkin Park, Chester Bennington, antara berita besar yang menjadi tumpuan ramai hari ini.

Image result for Jenaka 'Fattah Amin ganti Chester', peminat Linkin Park bengang
Masakan tidak, mendiang merupakan idola ramai anak muda, khususnya mereka yang melewati usia remaja sekitar awal milenium.

Di sebalik ratapan kesedihan peminat tegar kumpulan gergasi itu, ada yang tidak dapat membendung rasa marah apabila kematian Chester dijadikan meme dan jenaka oleh segelintir pihak.

Bermula dengan komen-komen berunsur jenaka oleh pengguna laman sosial, ia kemudiannya dimuat naik sebagai status oleh sebuah akaun laman sosial trollpopular, yang meletakkan gambar pelakon Fattah Amin menggantikan Chester.

Statusnya pula adalah seperti berikut.

Kapsyen yang dimuat naik sebuah laman sosial buat peminat Linkin Park tidak puas hati.
Kapsyen yang dimuat naik sebuah laman sosial buat peminat Linkin Park tidak puas hati.

Ia mendapat reaksi berbeza daripada netizen, namun bagi peminat Linkin Park, ia dilihat sangat tidak sensitif kerana membabitkan perihal kematian seorang yang dianggap legenda muzik.

Antara komen peminat di laman sosial.
Antara komen peminat di laman sosial.

Namun dalam masa yang sama, ramai juga meminta agar golongan peminat itu mengawal rasa sensitif, kerana laman sosial berkenaan sememangnya terkenal dengan jenaka berbentuk troll.

Chester, 41, ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles pada pagi Khamis waktu tempatan dan pihak berkuasa menklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri.

 

Sumber: Astro Awani



Sumber Jenaka ‘Fattah Amin ganti Chester’, peminat Linkin Park bengang

Post a Comment

Previous Post Next Post