Keluarga Cina 'Terpaksa' Masuk Islam

Alhamdulilah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Satu keluarga Cina telah memeluk Islam pagi tadi di Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor, Shah Alam. Saya dihubungi oleh IPK Selangor untuk membantu melaksanakan pengIslaman keluarga Cina ini.

Keluarga Cina 'Terpaksa' Masuk Islam

Kisah ini dipetik menerusi perkongsian Firdaus Wong. Ikuti kisahnya.

Cheng Koon Peng merupakan sahabat kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) Sakri Arifin, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman. Tuan Sakri Arifin telah berdakwah kepadanya selama hampir 10 tahun dan akhirnya Koon Peng terbuka hati untuk memeluk Islam. 

Beliau bukan sahaja mahu memeluk Islam, tetapi beliau juga berjaya mengajak isteri dan anaknya untuk turut bersama menjadi Muslim. Allahuakbar.

Kisah Keluarga Cina Yang Terpaksa Masuk Islam

Ketika saya bertanya adakah sesiapa yang memaksanya memeluk Islam, beliau menjawab tiada yang memaksa tetapi dia terpaksa. Para hadirin terkejut seketika. Koon Peng menyambung;

“Saya memang terpaksa masuk Islam sebab ‘no choice’ bila saya dah percaya Tuhan adalah satu iaitu Allah dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah Nabi yang terakhir. Hati dan hidup saya lebih tenang. Saya dan family saya memang lahir sebagai bukan Muslim tapi sekarang saya mahu pastikan saya dan family saya semua mati sebagai Muslim.”

Usaha dakwah berterusan dari SAC Sakri selama 10 tahun sesuatu yang perlu kita teladani. SAC Sakri kerap berhubung dengan mereka hanya melalui panggilan telefon sahaja dan jarang sekali berjumpa. Ayuh sahabat semua, marilah kita mengembleng tenaga mempertingkatkan usaha dakwah kita dan lakukan apa yang kita mampu dan istiqomah di atasnya.

Kisah Keluarga Cina Yang Terpaksa Masuk Islam


Sumber Keluarga Cina 'Terpaksa' Masuk Islam

Post a Comment

Previous Post Next Post