Kontraktor direman 7 hari bersubahat dengan isteri untuk dapatkan projek bernilai RM30,000

SEREMBAN: Seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini, kerana dipercayai bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek penyelenggaraan bernilai RM30,000 di sebuah pusat pertanian di sini.

Kontraktor direman 7 hari bersubahat dengan isteri untuk dapatkan projek bernilai RM30,000

Kontraktor direman 7 hari bersubahat dengan isteri untuk dapatkan projek bernilai RM30,000

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Rahimah Rahim, membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap lelaki berusia 31 tahun itu bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen Akta SPRM 2009.

Lelaki itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM di sini, bagi memberi keterangan jam 4.13 petang semalam.

Suspek disyaki bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek menyelenggara sistem pengairan bernilai RM10,100 dan menyelenggara nurseri bernilai RM19,900 di pusat pertanian itu.

Isterinya yang bekerja sebagai penolong pegawai pertanian di pusat pertanian di Sendayan, ditahan oleh SPRM Jumaat lalu, bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa dengan melantik syarikat suaminya menyelenggara projek itu.

Sumber: Bharian



Sumber Kontraktor direman 7 hari bersubahat dengan isteri untuk dapatkan projek bernilai RM30,000

Post a Comment

Previous Post Next Post