“Kualiti pengadilan kurang, gol Ghaddar memang offside, tapi kalau saya beli pengadil, semua game saya dah menang” – TMJ


Semalam telah berlangsungnya perlawanan Liga Super yang menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus gah memimpin tahta liga diikuti pasukan Kedah ditangga kedua dan Pahang di tangga ketiga.

Perlawanan semalam menyaksikan Pasukan JDT berjaya mengalahkan Perak dengan jaringan tipis 2-1 selepas penyerang import batu mereka Mohammed Ghaddar berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit 59.

Disebalik jaringan itu terdapat sedikit kontroversi selepas jaringan Mohammed Ghaddar itu dikatakan offside sehingga menjadi bualan ramai, ada yang menyatakan pengadil itu telah dibeli oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Berikutkan perlbagai tuduhan yang dilemparkan, Baginda dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman JOHOR Southern Tigers telah menjawab segala tuduhan berkenaan dengan sebuah video sindiran yang agak menarik.

Memetik kata-kata TMJ dalam video, beliau mengakui mutu pengadilan dalam perlawanan itu teruk dan turut mengakui yang jaringan Ghaddar memang offside.

Nak tahu apa jawapan penuh baginda, jom lihat video ni.

Sumber: Siakapkeli



Sumber “Kualiti pengadilan kurang, gol Ghaddar memang offside, tapi kalau saya beli pengadil, semua game saya dah menang” – TMJ

Post a Comment

Previous Post Next Post