Lepas dimarahi wanita di FB, bomba jelaskan sebab kenapa perlu pakai kasut ketika tangkap ular dalam rumah

Lepas dimarahi wanita di FB, bomba jelaskan sebab kenapa perlu pakai kasut ketika tangkap ular dalam rumah

Lepas dimarahi wanita di FB, bomba jelaskan sebab kenapa perlu pakai kasut ketika tangkap ular dalam rumah

Akaun Facebook Bomba dan Penyelamat Kota Tingi beberapa hari lalu menjelaskan kepada orang ramai tentang kepenting kasut yang dipakai oleh anggota bomba ketika melakukan operasi menyelamat lebih-lebih lagi apabila melibatkan haiwan berbisa.

Pencerahan itu diberikan oleh akaun Facebook tersebut selepas viral status seorang pengguna Facebook yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota bomba yang tidak membuka kasut ketika menangkap ular di dalam rumah.

Menurut kurator akaun Facebook Balai Bomba & Penyelamat Kota Tinggi, anggota bomba akan meminta kebenaran tuan rumah untuk memakai kasut, namun , tiada kompromi dalam pemakaian kasut ketika operasi menangkap haiwan berbisa.

Malah, pemakaian kasut itu sendiri merupakan salah satu perlindungan buat anggota bomba dari reptilia berbahaya itu.

Hari ini tular status seorang wanita yang marah kepada anggota bomba tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular di rumahnya.

Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah salah satu P.P.E (personal protecting equipment) kepada seorang penyelamat. Oleh hal demikian kebiasaanya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.

Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah. Jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.” tulis akaun Facebook tersebut.

Sebelum ini, satu akaun Facebook memuat naik satu kenyataan tidak berpuas hati dengan anggota bomba yang tidak memecat kasut ketika menangkap ular di dalam rumah.

 
 


Sumber Lepas dimarahi wanita di FB, bomba jelaskan sebab kenapa perlu pakai kasut ketika tangkap ular dalam rumah

Post a Comment

Previous Post Next Post