Sebagai seorang pekerja, kita tidak akan terlepas untuk mengambil cuti sekiranya terdapat aral melintang. Contohnya, sakit, motosikal rosak, kereta rosak dan macam-macam lagi masalah yang tidak diingini yang berlaku di saat-saat yang tidak diduga.
Seperti juga gadis ini, yang digelar Nabila oleh majikannya memberi alasan tayar motosikal miliknya pecah dan terpaksa lewat untuk sampai ke tempat kerja.
Namun, akibat rasa curiga, majikan tersebut telah membuat carian mengenai gambar tersebut di Google dan KANTOI! Gambar tersebut adalah gambar dalam enjin carian Google. Kuat sungguh instinct si majikan!
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Shafiq Nasaruddin. Ikuti petikan perbualan mereka di bawah ini.
"Cari kedai nak tukar tayar.."
Gambar tayar motor pancit yang dihantar. Kasihan.
'Tayar motor pancit' dalam enjin carian Google Images
"Realiti anak muda sekarang.."
Akhirnya, pekerja malang terbabit diberi cuti untuk selamanya. Menipu bukanlah cara yang bijak untuk mengambil cuti. Majikan memerlukan seorang pekerja yang dipercayai. Bukan seorang penipu.
Semoga menjadi teladan kepada anda di luar sana.
Sumber Malunya! Gadis Kantoi Hantar Gambar Google Tayar Pancit Kepada Majikan.
Tags:
mazeer