Netizen setuju makin ramai anak dara pemalas dan pengotor, kali ni anak teruna pula buat hal

TILAM berkulat, tujuh plastik sampah diikat dan dibiarkan sehingga berulat, lipas merata-rata dan bekas makanan yang tidak dibasuh juga berkulat.

Netizen setuju makin ramai anak dara pemalas dan pengotor, kali ni anak teruna pula buat hal

Netizen setuju makin ramai anak dara pemalas dan pengotor, kali ni anak teruna pula buat hal

Itu keadaan bilik di pangsapuri di Bukit Beruntung, Selangor, yang ditinggalkan ‘anak teruna’ berusia 21 tahun selepas tidak membayar sewa sejak enam bulan lalu.

Peniaga pakaian dalam talian (online), Mohd Hafriz Haiqal Mohd Hafiz Andrison, 23, berkata, bilik berkenaan dihuni rakan baiknya dua tahun lalu selepas dia memujuk bapa saudaranya untuk membenarkan rakannya tinggal di situ.

“Saya dah berkawan dengan dia kira-kira enam tahun dan kami susah senang sama-sama. Masa tu, dia nak ikut saya dan minta tolong saya carikan rumah untuk dia tinggal.

 

“Saya pujuk bapa saudara saya untuk sewakan bilik dengannya pada harga RM200 sebulan. Malangnya, selepas dia berhenti kerja, enam bulan dia tidak membayar sewa dan tinggalkan bilik dalam keadaan yang sangat kotor,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mohd Hafriz Haiqal berkata, bapa saudara memberitahu masalah berkenaan kepadanya sebelum dia memeriksa bilik itu dua minggu lalu dan terkejut melihat keadaannya.

“Bapa saudara mesej saya beritahu dia tak bayar sewa. Makan minum pun bapa saudara saya yang tanggung. Bila bapa saudara dah buka mulut, saya jadi segan kerana saya yang pujuk dia dahulu.

“Bapa saudara ada beritahu yang barang dan duit dia juga ada hilang. Jadi saya tanya kawan saya itu ada terambil ke tidak tetapi dia tidak jawab mesej saya sampai sekarang,” katanya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Pada 8 Julai lalu, Harian Metro (HM) menyiarkan hasil tinjauan dalam talian yang mana 93 peratus daripada 499 responden setuju semakin ramai anak dara pemalas dan pengotor.

Ia susulan laporan disiarkan HM pada 4 Julai mengenai sebuah asrama di Semenyih yang ditinggalkan penghuni anak dara dalam keadaan bersepah dan kotor.

“Saya lihat keadaan macam ini di Facebook (FB) sebelum ini dan tak sangka terjadi kepada diri saya. Pada saya, perkara ini tidak boleh salahkan jantina kerana ini adalah diri sendiri.

“Bila jadi macam ini, saya serik nak beri pertolongan pada orang dan nak kasihankan orang walaupun kawan baik sendiri. Saya takut nak tolong orang dah sekarang ini,” katanya yang berkongsi gambar bilik itu di FB.

Dia yang juga menetap berdekatan rumah bapa saudaranya itu berkata, ketika ini dia bukan saja berharap rakannya itu membayar sewa yang tertunggak, malah datang untuk bersihkan bilik berkenaan.

Via: Metro



Sumber Netizen setuju makin ramai anak dara pemalas dan pengotor, kali ni anak teruna pula buat hal

Post a Comment

Previous Post Next Post