NEYMAR mendedah rahsianya kepada rakan sepasukan.
Penyerang Barcelonan itu telah memberitahu kepada rakan baiknya di kelab bahawa dia akan berpindah ke Perancis musim baharu nanti.
Laporan perpindahan bermain berusia 25 tahun itu semakin rancak dan Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan bersedia membayar 197 juta pound untuk melepaskan pemain itu dari Nou Camp.
Neymar dipercayai tidak gembira dengan peranannya bersama Barcelona dan bersedia untuk berpindah ke kelab juara lain bagi meningkatkan lagi statusnya serta mahu menjadi pemain No 1 dunia.
Laporan media di Sepanyol juga mendedahkan bahawa hanya masa yang akan menentukan perpindahan ini sementara menunggu kelab juara Ligue 1 itu menyelesaikan beberapa perkara.
“Neymar akan meninggalkan kelab sebaik sahaja PSG membayar klausa pelepasan minggu depan,” lapor Mundo Deportivo.
Sumber: MStar
Sumber Neymar tidak gembira peranan di Barcelona, bakal tinggalkan kelab minggu depan