Ngeri: 4 maut dihempap lori tangki, semua mangsa telah dikenal pasti

KESEMUA mangsa kemalangan maut membabitkan van dan lori tangki di Jalan Lahad Datu-Tungku, Lahad Datu, hari ini, sudah dikenal pasti identiti.

Ngeri: 4 maut dihempap lori tangki, semua mangsa telah dikenal pasti

Ngeri: 4 maut dihempap lori tangki, semua mangsa telah dikenal pasti

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, dua lelaki termasuk pemandu van dan dua wanita maut dalam kemalangan itu.

Mangsa dikenal pasti sebagai pemandu van, Eddie Luna, 46; dan tiga penumpangnya iaitu Mohamad Jujani, 67; Hanisah Baskua, 37; dan Kabdatul Alinjaman, 34.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan menuju ke Lahad Datu.

Dalam kejadian 5.40 pagi itu, lori tangki dari arah Lahad Datu menuju ke Tungku manakala van dari arah bertentangan sebelum mereka bertembung.

 

Kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dan polis sudah menanhan pemandu lori tangki bagi membantu siasatan.

Via: Metro



Sumber Ngeri: 4 maut dihempap lori tangki, semua mangsa telah dikenal pasti

Post a Comment

Previous Post Next Post