Peminat dakwa Syafiq Kyle kurus sebab ambil dadah?

PELAKON drama Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle mengaku terkejut dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia kononnya mengambil dadah berikutan keadaan badannya yang makin susut.

 

Peminat dakwa Syafiq Kyle kurus sebab ambil dadah?

Peminat dakwa Syafiq Kyle kurus sebab ambil dadah?

 

 

Syafiq, 25, sebaliknya menjelaskan penurunan berat badannya itu secara kebetulan atas sebab pengamalan pemakanan dan gaya hidup sihat yang diamalkan sejak kebelakangan ini.

Ia bukannya berpunca daripada pengambilan dadah seperti mana yang digembar-gemburkan.

Berikutan perkara tersebut, pelakon ini tidak boleh memberi sebarang komen sekiranya ada di kalangan peminat yang berpendapat sedemikian kerana itu adalah hak mereka.

 

Dia juga berasa pelik mengapa netizen gemar mengaitkan dadah dengan orang kurus.

“Saya juga tidak faham bila orang kurus sahaja mesti nak dikaitkan dengan dadah.

“Dulu mungkin saya suka makan saja dan tidak mengamalkan senaman, jadi sekarang ini saya telah seimbangkan kedua-duanya supaya saya dapat mempunyai badan yang ideal dan sihat.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa janji saya tahu apa yang dilakukan ini adalah betul,” katanya dipetik Astro Gempak.

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan seorang pelakon tanah air yang semakin meningkat naik dalam dunia pentas seni.

Dia mula menempa nama dalam bidang ini melalui watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang dilakonkan bersama-sama pelakon senior Nasir Bilal Khan dan Hamidah Wahab.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

 



Sumber Peminat dakwa Syafiq Kyle kurus sebab ambil dadah?

Post a Comment

Previous Post Next Post