"Poligami Kena Bijaksana, Kena Sabar, Isteri Pula Kena Buat Penilaian..." - Ashraf Muslim
Pelakon Ashraf Muslim menegaskan bukan semua lelaki mampu untuk berpoligami dan berkahwin lebih dari satu kerana ia suatu kurniaan Tuhan.
Baginya wanita dan isteri perlu memainkan peranan penting iaitu untuk membuat penilaian sama ada suami mereka cukup layak untuk memiliki isteri lebih daripada satu.
Lelaki yang berpoligami harus bijaksana dan sentiasa banyak bersabar.
Ini komen Ashraf:
“Saya tidak menggalakkan kerana poligami hanya mereka yang terpilih saja. Bukan semua orang mampu untuk berpoligami.
“Isteri juga kena pastikan suami betul-betul bagus dan boleh menjalankan tugas dengan baik selepas dia mahu berkahwin lagi,”
“Perlu bijak dalam segala hal. Pengurusan masa, mengurus anak-anak dan kewangan. Kedua perlu sabar, ketiga dan keempat pun perlu bersabar.
“Bila sabar itu tinggi, alhamdulillah proses itu senang,”
“Kalau kita berpaksikan dengan cara Nabi Muhammad mengurus keluarga seperti masa antara isteri dan anak-anak, alhamdulillah tiada masalah.
“Kesannya seperti sekarang. Bukanlah sempurna 100 peratus. Mana ada keluarga yang sempurna, pasti ada masalah.
“Masalah itulah yang kita harus bijak menyelesaikannya. Bila dapat selesai, dapatlah kesan yang baik,”
Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu mengamalkan poligami sejak empat tahun lalu selepas berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Selatan Thailand.
Sakinah merupakan isteri kedua sebelum Ashraf menikahi Noor Dayana pada tahun 2011.
Sumber "Poligami Kena Bijaksana, Kena Sabar, Isteri Juga Kena Main Peranan..." - Ashraf Muslim
Tags:
BM