Proses agak lama, jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci dinasihatkan berehat secukupnya

JEMAAH haji yang akan berangkat ke Tanah Suci dinasihatkan supaya mendapat rehat yang secukupnya sebelum mereka berlepas dari tanah air.

 

Proses agak lama, jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci dinasihatkan berehat secukupnya

Proses agak lama, jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci dinasihatkan berehat secukupnya

 

 

Pengurus Terminal Haji Madinah, Mohamad Zahir Hussin @ Yusof berkata, jika tidak mendapat rehat secukupnya, jemaah mungkin berdepan masalah termasuk keletihan sebaik tiba di Tanah Suci nanti.

Menurutnya, hal itu kerana perjalanan jemaah sejak mula berlepas dari stesen berlepas di tanah air sehingga tiba di hotel penginapan di Madinah atau maktab di Makkah biasanya akan mengambil masa yang lama.

“Perjalanan jemaah dari tanah air hingga ke lapangan terbang di Jeddah atau Madinah saja sudah mengambil masa kira-kira lapan jam.

 

“Bagi jemaah yang menaiki penerbangan terus ke Madinah, mereka akan tiba di terminal haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah yang hanya dibuka ketika musim haji bersama-sama dengan jemaah dari negara lain seluruh dunia.

“Sebaik tiba di Madinah, jemaah perlu melalui kaunter pemeriksaan imigresen dan pemeriksaan perubatan khususnya berkaitan suntikan vaksin oleh pihak berkuasa Arab Saudi yang biasanya akan mengambil masa antara dua hingga tiga jam

“Selepas itu baru jemaah dibenarkan untuk menaiki bas ditetapkan bersama dengan bagasi masing-masing.

“Keseluruhan masa diambil antara tiga hingga lima jam sebelum mereka tiba di hotel,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Haji Madinah di Madinah, semalam.

Beliau berkata, keseluruhan proses berkenaan mengambil masa agak lama kerana ia tidak hanya membabitkan jemaah Malaysia, sebaliknya turut membabitkan jemaah dari negara lain menyebabkan jemaah perlu mempunyai rehat mencukupi.

Menurutnya, antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh jemaah ialah memastikan semua dokumen peribadi sentiasa ada bersama dan tidak tertinggal atau tercicir di mana-mana.

Katanya, kegagalan jemaah memastikan pasport antarabangsa dan buku rekod kesihatan ada bersama boleh menyebabkan proses ketibaan mereka tergendala atau mengambil masa lebih lama.

“Jemaah perlu memastikan pasport antarabangsa, buku rekod kesihatan serta lencana pengenalan haji sentiasa diletakkan dalam beg sandang disediakan bagi membantu mempercepatkan keseluruhan proses ketibaan mereka,” katanya.

Menurutnya, 15 Petugas Haji termasuk pegawai perubatan dibantu Pembantu Petugas Haji akan membantu kelancaran proses ketibaan jemaah di lapangan terbang.

Katanya, sepanjang berada di Madinah, jemaah juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan termasuk minum banyak air memandangkan keadaan cuaca di Kota Suci ini agak panas sekarang berbanding cuaca di tanah air.

Sumber: Metro



Sumber Proses agak lama, jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci dinasihatkan berehat secukupnya

Post a Comment

Previous Post Next Post