“Saya masih sayangkan Aliff, dia suami yang baik dan tak pernah naik tangan, ini semua hanyalah sebab orang ketiga” – Bella Astillah jelaskan suaminya tak sengaja mencederakannya

“SAYA masih sayangkan Aliff!” 

Empat perkataan itu cukup menggambarkan perasaan cinta Bella Astillah terhadap suaminya, Aliff Aziz tidak berbelah bahagi ketika penyanyi itu dihimpit kontroversi bersikap curang dan kaki pukul.

 

 

"Saya masih sayangkan Aliff, dia suami yang baik dan tak pernah naik tangan, ini semua hanyalah sebab orang ketiga" - Bella Astillah jelaskan suaminya tak sengaja mencederakannya

“Saya masih sayangkan Aliff, dia suami yang baik dan tak pernah naik tangan, ini semua hanyalah sebab orang ketiga” – Bella Astillah jelaskan suaminya tak sengaja mencederakannya

 

Wanita tabah ini juga tidak  berhasrat untuk berpisah dengan suaminya walaupun terpaksa melalui detik getir ketika ini selain persepsi buruk orang ramai terhadap Aliff atas kejadian itu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, berkata, tuduhan kononnya Aliff, 26, kaki pukul juga tidak benar malah suaminya itu tidak pernah mengasarinya selama tempoh perkahwinan mereka sejak disatukan pada 9 September 2016.

 

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.

“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya,” katanya kepada mStar Online.

Bella menyifatkan tuduhan terhadap Aliff sebagai tidak adil.

Tambah Bella, tanggapan dibuat terhadap Aliff sebagai kaki pukul tidak adil kerana sepanjang mereka berkahwin sehinggalah mempunyai anak dia tidak pernah bersikap ‘naik tangan’.

Katanya, apa yang berlaku dalam rumah tangganya ketika ini hanyalah disebabkan orang ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan mereka.

Ujar Bella lagi, Aliff seorang bapa yang baik kepada anak mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai lalu.

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” tambah Bella lagi.

Pasangan ini baharu sahaja menimang cahaya mata pertama.

Dalam perkembangan berkaitan Bella berkata, dia sudah dimaklumkan mengenai pembebasan suaminya selepas ditahan polis bagi membantu siasatan sejak Jumaat lalu.

Namun dia masih belum dapat bertemu Aliff kerana berada di hospital.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Khamis lalu, Bella bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras.

Bella yang masih dalam pantang kerana bersalin mengalami kecederaan di muka dan lutut setelah ditolak menggunakan tangan dan siku oleh suami dan dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Jumaat.

Ia disebabkan Aliff mahu merampas telefon bimbit milik Bella yang berjaya merakamkan aksi suaminya itu bersama seorang wanita yang juga seorang pelakon dalam bilik karaoke berkenaan.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya masih sayangkan Aliff, dia suami yang baik dan tak pernah naik tangan, ini semua hanyalah sebab orang ketiga” – Bella Astillah jelaskan suaminya tak sengaja mencederakannya

Post a Comment

Previous Post Next Post