“Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas” – Ini jawapan Tun Mahathir bila ditanya menyesal atau tidak dengan layanan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada 1998

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan layanannya terhadap ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

 

 

"Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas" - Ini jawapan Tun Mahathir bila ditanya menyesal atau tidak dengan layanan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada 1998

“Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas” – Ini jawapan Tun Mahathir bila ditanya menyesal atau tidak dengan layanan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada 1998

 

Mengulas soalan yang diajukan di Facebook yang dirakamkan secara langsung mengenai adakah beliau kesal dengan sebarang layanan terhadap Anwar, bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya “bertindak balas terhadap situasi ketika itu”.

“Tetapi keadaan adalah berbeza sekarang,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu temuramah dengan wartawan dan pengerusi Nation Multimedia Group dari Thailand, Suthichai Yoon.

“Jika kita terus membangkitkan masa lalu, anda tidak dapat bekerja dengan sesiapa pun. 

 

“Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas,” kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan.

Dr Mahathir turut menyifatkan Anwar sebagai “cukup berupaya” untuk menjadi perdana menteri, sambil menambah bahawa perdana menteri Malaysia yang akan datang “tidak akan begitu kuat seperti yang sekarang”.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir pada 1998, namun Anwar kemudiannya dipecat dari Kabinet.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas” – Ini jawapan Tun Mahathir bila ditanya menyesal atau tidak dengan layanan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada 1998

Post a Comment

Previous Post Next Post