Siapa yang bocorkan maklumat Siti Nurhaliza hamil?

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Siti Nurhaliza hamil

Siapa yang bocorkan maklumat Siti Nurhaliza hamil?

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat mula mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

MStar Online difahamkan, satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.

 

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Dalam pada itu suami kepada  Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.

Sumber: Mstar



Sumber Siapa yang bocorkan maklumat Siti Nurhaliza hamil?

Post a Comment

Previous Post Next Post