Skuad polo TMJ akan ke kejohanan dunia di Argentina

Tunku Makhota Johor (TMJ) akan menyertai Kejohanan Polo “Jockey Club” di Argentina pada September ini bersama pasukannya, Johor Ellerstina.

 tmj-johor-elestrian

Video Tunku Ismail Sultan Ibrahim berlatih bersama pasukannya dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers semalam, beberapa jam selepas beliau meluahkan rasa dukacita terhadap pelantikan seorang ahli politik tidak berpengalaman menyertai sukan itu pada temasya Sukan SEA Ogos ini.

“Pasukan Johor Ellerstina yang akan ke kejohanan Argentina. Kombinasi aksi Duli Yang Amat Mulis (DYAM) Tunku Mahkota Johor (berhelmet biru) bersama pemain polo ternama dunia, Polito Pieres (berhelmet merah jambu),” demikian catatan di Facebook Johor Southern Tigers.

Kelmarin, TMJ meluahkan rasa sedih terhadap imej Malaysia yang tercalar disebabkan salah laku dan pemimpin rasuah, selain mengkritik pelantikan seorang ahli politik tidak berpengalaman dalam polo pada Sukan SEA akan datang.

“Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara. Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan sebenar boleh menjadi seorang jeneral,” tulis TMJ dalam kenyataan pedas yang dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers, Sabtu lalu.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang aktif dengan program Askar Wataniah, baru-baru ini dilantik mewakili skuad polo negara menyertai temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur, bulan depan.

Selain TMJ, skuad Johor Ellerstina turut disertai Pieres – pemain profesional polo yang sudah memegang handicap 10 dari Argentina.

“Di antara beribu pemain polo, hanya 8 orang yang memegang handicap 10 ini, iaitu handicap tertinggi dalam pasukan polo.”

Kejohanan polo di Argentina itu merupakan perlawanan tertinggi di dunia dalam sukan polo, iaitu antara 24 hingga 40 gol daripada 2 kejohanan tinggi yang pernah dimenangi TMJ sebelum ini.

Manakala di Malaysia, tahap tertinggi kejohanan polo hanyalah 14 gol dan Sukan SEA hanya 6 gol.

“Ini menunjukkan betapa jauhnya perbezaan kejohanan polo di Malaysia seperti Sukan SEA dengan kejohanan luar negara seperti di Argentina yang diwakili TMJ.

“TMJ bakal menjadi warganegara Malaysia dan Asia pertama beraksi dalam kejohanan yang diwakili pemain polo terbaik di dunia,” demikian catatan di Facebook Johor Southern Tiger bertarikh 14 Mei lalu.

 

Sumber: FMT



Sumber Skuad polo TMJ akan ke kejohanan dunia di Argentina

Post a Comment

Previous Post Next Post