Tak akan lawat AS, Duterte dedah tentera Amerika bunuh lebih 600 penduduk Moro

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, dia tidak akan melawat Amerika Syarikat (AS) sepanjang menjadi presiden.

Dia juga memberitahu, dia pernah ke Amerika dan negara itu teruk.

Duterte membuat kecaman terbaru terhadap Amerika Syarikat selepas ditanya di satu sidang akhbar mengenai ancaman anggota Kongres AS, Jim McGovern untuk mengetuai tunjuk perasaan jika Duterte menerima pelawaan Presiden Donald Trump untuk melawat Washington.

“Saya tidak akan melawat Amerika selagi menjadi presiden, atau selepas itu. Apa yang menyebabkan dia (McGovern) fikir saya akan ke negara itu? Saya pernah ke sana dan ia teruk,” kata Duterte kepada wartawan.

Senator berkenaan bercakap di Kongres di Washington Khamis lalu, menyelar perang dadah yang dilancarkan Duterte sehingga menyebabkan lebih 7,000 suspek penagih dan pengedar dadah dibunuh di Filipina.

Kematian itu didakwa dilakukan polis dan juga sukarelawan tidak dikenali.

Banyak kumpulan hak asasi menyelar kecenderungan Duterte menyasarkan kawasan miskin dalam kempennya itu.

Duterte juga berkata, dia berminat menyiasat salah laku Amerika Syarikat.

“Kamu menyiasat saya dan hal ehwal dalam negara saya? Saya juga akan menyiasat kamu dan saya akan dedahkan kepada dunia mengenai apa yang kamu lakukan kepada rakyat Filipina, khususnya bangsa Moro di Filipina,” kata Duterte.

Dia dipercayai merujuk kepada Pertempuran Bud Dajo pada 1906 di pulau Jolo yang menyaksikan tentera Amerika membunuh lebih 600 penduduk Moro.

Kenyataan Duterte itu membayangkan, dia tidak mungkin menerima pelawaan Presiden Trump.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tak akan lawat AS, Duterte dedah tentera Amerika bunuh lebih 600 penduduk Moro

Post a Comment

Previous Post Next Post