Nampaknya kisah mengenai masalah rumah tangga antara Alif Aziz dan isterinya kini menjadi bualan ramai netizen, rata-rata dilihat bertindak ‘menyerang’ actor daripada Singapura berkeaan
Disebalik kontroversi itu, ternyata ia telah memberi kesan kepada artis lain yang memunyai nama sepertinya terutamanya Alif Satar.
Mana tidaknya ada peminat dilihat tersalah orang dengan menyerang Alif Satar di laman sosial hanya kerana nama mereka sama.
Alif Satar dalam satu status meminta agar peminat tidak tersalah orang dan identiti dirinya dengan Alif Aziz, ini kerana mereka adalah dua individu berbeza dan Alif Satar tiada kaitan langsung dengan kontroversi itu.
“Tolong jangan salah sangka, saya bukan dia,” tulis pelakon berusia 27 tahun itu menerusi akaun Instagramnya malam tadi.
Status itu adalah susulan ada peminat mengkritik Alif Satar kerana terkeliru identiti dengan artis yang ditahan kerana mengasari isterinya yang baru 20 hari melahirkan bayi sulung mereka.
Kenyataan itu kemudian viral di media sosial, dan netizen meminta orang ramai untuk tidak menjejaskan imej Alif Satar.
Via: SK
Sumber Tolong Jangan Salah Sangka, Saya Bukan Dia – Alif Satar