ISTANA Johor melalui Pejabat Media Diraja menyiarkan gambar Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, malam tadi, Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos ini.
Gambar yang disiarkan itu diambil minggu lalu dengan pasangan berkenaan berpakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene.
Majlis perkahwinan mereka diumumkan 15 Julai lalu dengan istiadat pertunangan bakal diadakan di Istana Bukit Serene, pada kira-kira 10 pagi, 14 Ogos.
“Ia diikuti istiadat nikah dan upacara bersanding yang akan diadakan pada kira-kira 8 malam, hari sama, di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Tunku Tun Aminah yang lahir pada 8 April 1986 adalah anakanda kedua daripada enam beradik.
Tunku Tun Aminah juga satu-satunya anak perempuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Menurut kenyataan itu, bakal suami Tunku Tun Aminah atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989, di Lisse, berhampiran Amsterdam, Belanda.
Sumber: Harian Metro
Sumber Tunku Aminah dan Dennis bagai pinang dibelah dua