MEDIA sosial Kemboja dikejutkan dengan dakwaan seorang wanita yang mempercayai anak lembu yang dijaganya sekarang adalah jelmaan semula daripada suaminya yang telah meninggal dunia.
Khim Hang berkata, anak lembu yang dilahirkan sekitar Mac lalu berkelakuan seperti suaminya, Tol Khut, yang sudah meninggal dunia lebih setahun lalu.
“Saya percaya anak lembu ini adalah suami saya kerana apa saya dibuatnya sama seperti dilakukan suami ketika dia masih hidup,” katanya dipetik agensi berita Reuters.
Rumahnya yang terletak di timur laut wilayah Kratie kini sering dikunjungi ratusan orang yang ingin melihat anak lembu berkenaan.
“Saya fikir agak luar biasa melihat lembu naik ke rumah seperti ini. Jadi saya datang ke sini untuk melihat dengan mata saya sendiri,” kata Thach Vin.
Apabila berada di dalam rumah itu, anak lembu tersebut akan diberi makan, dimandikan dan dibiarkan tidur dengan beralaskan sebuah bantal gebu milik Tol Khut.
Kira-kira 95 peratus rakyat Kemboja beragama Buddha dan mereka percaya roh seseorang itu akan dijelmakan semula selepas kematian.
“Saya akan sentiasa menjaga anak lembu ini sepanjang hayat saya,” kata Khim Hang.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Video: “Anak lembu ini adalah jelmaan suami saya yang telah meninggal dunia”