Pernahkah anda melihat lubang kecil di telinga yang muncul secara semulajadi bukan kerana ditindik?
Jika Anda memilikinya, itu dinamakan preauricular sinus.
Memetik Metro.co.uk, Selasa (21/11/2016), tidak ramai manusia yang dilahirkan dengan keadaan telinga seperti itu.
Malah, di Amerika, kurang dari 1% orang memilikinya dan di beberapa buah negara, jumlahnya lebih tinggi antara 1 hingga 10%.
Sebenarnya, lubang di atas telinga ini terjadi kerana malformasi dari lesung telinga luar akibat permukaan kulit dan tulang rawan telinga bertemu.
Namun, di beberapa buah negara, keadaan tersebut kerap dikaitkan dengan unsur mistik.
Seperti di Ethiopia, pemilik telinga tersebut dikatakan sangat bertuah dan akan memiliki keberuntungan.
Sinus preauricular ini, termasuk cacat lahir keturunan yang pertama kali didokumentasikan oleh seorang ilmuwan bernama Van Heusinger pada 1864.
Biasanya lubang ini hanya ditemukan di satu sisi telinga. Walaupun sekitar 50% orang memiliki lubang di kedua telinga.
Menurut Business Insider, salah satu ahli biologi evolusi, Neil Shubin, mengatakan lubang ini boleh menjadi “sisa-sisa evolusi dari insang ikan.”
Tetapi jika anda merupakan sebahagian dari satu persen populasi dunia yang memiliki lubang telinga ini, tak perlu dirisaukan. Sebab, lubang ini tidak akan menimbulkan masalah.
Yang paling mungkin terjadi adalah risiko terinfeksi dan anda dengan mudah boleh mengubatinya dengan antibiotik.
Namun, kadang-kadang operasi diperlukan untuk menghilangkan sinus.
Sumber Adakah Anda Mempunyai Lubang Di Tepi Telinga? Ini Maksud Sebenarnya.
Tags:
mazeer