AKHIRNYA TERBONGKAR! Joy Revfa Fail Permohonan Pembubaran Perkahwinan Selepas Hafiz Hamidun Dakwa Perkahwinan Tak Sah

Joy Revfa Fail Permohonan Pembubaran Perkahwinan


Akhirnya, isu rumah tangga antara penyanyi Hafiz Hamidun dan pengusaha kosmetik, Joy Revfa semakin terungkai.

Joy Revfa telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan.

Permohonan itu dibuat oleh Joy Revfa selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz pada 1 Mei lalu.

Joy Revfa berkata, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas suaminya Hafiz Hamidun mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

Ini pendedahan Joy Revfa:

“Saya datang sini untuk berdamai dan bukan untuk bergaduh atau berbalah dengan suami. Apa yang saya lakukan untuk pertahankan hak sebagai isteri dan wanita yang teraniaya.

“Saya nak buktikan perkahwinan kami ini sah, bukan seperti Hafiz katakan. Saya nak tuntut keadilan,”

Joy Revfa mendedahkan Hafiz Hamidun ada berjumpa dengannya pada 23 Mei 2017 iaitu hampir sebulan berumah tangga dengan memberitahu perkahwinan mereka tidak sah.

“Selepas tarikh itu dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya,”

"Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita,"

Mahkamah menetapkan 14 September depan untuk mendengar permohonan yang dibuat pihaknya.

Katanya, pihak beliau akan mengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan perkahwinan yang dibina itu sah.

Konflik rumah tangga antara Hafiz dan Joy timbul apabila status perceraian wanita itu dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.

Disebabkan berasa curiga atas perkara itu, Hafiz tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai suami dan perkara itu perlu dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum hakim membuat keputusannya.

Sumber: Bh, mStar

Post a Comment

Previous Post Next Post