Bapa, Datuk Dan 2 Bapa Saudara Rogol 2 Beradik Perempuan

Bapa, Datuk Dan 2 Bapa Saudara Rogol 2 Beradik Perempuan

Seorang bapa, datuk dan dua bapa saudara kepada dua beradik perempuan ditahan polis di Kampung Daha Seroban, Serian hari ini selepas didakwa merogol dua beradik yang berusia 19 dan 14 tahun itu.

Kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 57 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari Hospital Serian berhubung kejadian.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata mangsa yang berusia 19 tahun itu dirujuk ke hospital terbabit kerana mengandung sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada hospital.

Menurutnya, mangsa mendakwa dia dirogol oleh bapa kandungnya, dua bapa saudara dan datuknya sejak berusia 13 tahun.

"Mangsa turut mendakwa adiknya berusia 14 tahun dirogol sejak berusia sembilan tahun," katanya.

Katanya, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban sehingga mangsa mengandung.

"Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian esok untuk perintah reman," katanya.


Sumber Bapa, Datuk Dan 2 Bapa Saudara Rogol 2 Beradik Perempuan

Post a Comment

Previous Post Next Post