Bomoh didakwa rogol gadis tengah sakit perut ketika rawatan

Seorang bomoh dihadapkan ke mahkamah kerana merogol dan mencabul seorang gadis yang sakit perut semasa sesi rawatan. — Foto Reuters

Seorang bomoh dihadapkan ke mahkamah kerana merogol dan mencabul seorang gadis yang sakit perut.

Marhaji Madjin, 29, mengaku tidak bersalah mengikut pertuduhan cabul yang berlaku di sebuah rumah di Sibujaya antara jam 11 malam hingga 11.59 malam pada 21 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, warga Indonesia itu didakwa merogol dan memasukkan jari ke faraj mangsa berusia 20 tahun.

Tidak diwakili peguam, dia juga mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di mahkamah majistret dan mahkamah sesyen di sini.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin manakala pasportnya ditahan serta diarah melapor diri di balai setiap minggu sehingga tarikh sebutan semula pada 19 September depan.

Akhbar itu difahamkan ibu mangsa membawa gadis itu menemui tertuduh namun ketika sesi rawatan tertuduh mencabul dan merogol mangsa.

Sumber: Projek MMO



Sumber Bomoh didakwa rogol gadis tengah sakit perut ketika rawatan

Post a Comment

Previous Post Next Post