Dah kenapa pakai topi keledar dalam pejabat? Bila tahu sebabnya rasa kesian pula…

BIMBANG terhadap risiko keselamatan, sekumpulan pekerja di sebuah pejabat di Bihar, India terpaksa memakai topi keledar sepanjang waktu bekerja.

 

 

Dah kenapa pakai topi keledar dalam pejabat? Bila tahu sebabnya rasa kesian pula...

Dah kenapa pakai topi keledar dalam pejabat? Bila tahu sebabnya rasa kesian pula…

 

Rakaman video yang menunjukkan empat pekerja di sebuah pejabat sedang melakukan kerja mereka sambil memakai topi keledar tular dia media sosial negara itu sejak bulan lalu.

Keadaan tersebut membangkitkan kembali perdebatan mengenai keadaan bekerja yang daif di negara Asia.

Siasatan mendapati ia berlaku di sebuah bangunan kerajaan di Areraj di daerah Champaran dan ia dianggap bahaya oleh pemeriksa keselamatan dua tahun lalu.

 

“Jabatan pembinaan bangunan mengisytiharkan bangunan ini dalam keadaan bahaya untuk digunakan. Pihak berkuaa bagaimanapun mendapati tiada usaha untuk memindahkan pejabat ini,” kata seorang pekerja, Amit Kumar Pandey kepada pemberita.

“Keadaan bertambah buruk disebabkan hujan apabila keseluruhan bangunan bocor, menyebabkan bahaya pada peralatan pejabat,” katanya.

Beberapa bahagian bumbung pejabat itu pernah runtuh sebelum ini menyebabkan mereka terpaksa memakai topi keledar semasa bekerja.

Bagaimanapun pegawai kerajaan tempatan mengumumkan pejabat itu akan dipindahkan secepat mungkin selepas video tersebut tular.

“Pejabat itu akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dalam tempoh sehari. Kita telah mengarahkan pemindahan dilakukan tetapi kelewatan berlaku. 

“Kita telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berhubung keadaan itu bagi menjelaskan mengapa kelewatan pemindahan berlaku,” kata seorang pegawai kanan.

Beliau berkata, surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada empat pekerja yang dilihat di dalam video tular itu kerana mereka didapati memaklumkan masalah di media dan tidak mengusulkannya kepada penyelia. – odditycentral

Sumber: Mstar



Sumber Dah kenapa pakai topi keledar dalam pejabat? Bila tahu sebabnya rasa kesian pula…

Post a Comment

Previous Post Next Post